Kelab nutrisi ini ditubuhkan adalah bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia jadi sihat, itulah misi utama kami.
Kami ingin mengubah tabiat pemakanan daripada makan makanan yang mengandungi banyak lemak, kolestrol, garam dan gula kepada makanan seimbang atau canggih yang boleh memberi kesihatan kepada tubuh badan. Tahukah anda Malaysia adalah negara yang paling tinggi kadar obesiti? Obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang.
Obesiti boleh menyebabkan penyakit-penyakit seperti:
* Diabetes
* Masalah lemak dan kolesterol
* Tekanan darah tinggi
* Masalah sendi atau osteoartritis
* Penyakit jantung dan vaskular
* Batu karang
* Infarksi serebrum
* Masalah pernafasan - tidur berdengkur
* Ketidaksuburan
* Haid yang tidak menentu
* Pembocoran air kencing
* Refluks gastroesofageal/pedih hulu hati
* Masalah psikososial/tekanan.
Di kelab ini anda akan diperkenalkan kepada konsep pemakan yang paling terbaik di dunia. Konsepnya adalah "simple" 1,2 dan 3. Hanya 3 gelas minuman nutrisi yang sangat enak:
1. Membersih usus
2. Mengandungi anti-oksida yang tinggi dan memberi tenaga
3. Makanan canggih yang mengandungi semua zat-zat yang diperlukan oleh badan
Pernahkan anda membersihkan usus anda? Bilakah kali terakhir anda membersih usus anda? Ermm...soalan yang sukar di jawab, mungkin kita tidak pernah terfikir untuk membersihkan usus kita. Cuba anda fikirkan apa akan jadi kalau kita tidak menggosok gigi selama lebih 25 tahun? Anda tahu jawapannnya. Usus adalah tempat penyerapan zat-zat makanan yang kita makan hari-hari. Jika tidak dibersihkan, penyerapan zat makanan tidak "efficient", dan bila badan kita kekurangan zar-zat penting, ini akan menyebabkan badan terasa letih, tidak bermaya dan lain-lain lagi masalah. Sila lihat gambar di bawah usus yang tidak sihat.
Sebab itu kita perlu membersihkan bahagian dalam badan kita supaya badan kita mendapat zat-zat penting yang secukupnya. Hanya RM 13 untuk kita memberikan zat-zat dan penjagaan dalaman untuk tubuh badan kita.
Sabda Rasulullah S.A.W, maksudnya:
"Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan." (Riwayat ad-Dailami)
Berkata pula Hukama':
"MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARI MENGUBAT"
"PREVENTION IS BETTER THAN CURE"
Oleh itu sebelum terlambat marilah kita sama-sama mengambil jalan pencegahan dengan pengambilan nutrisi yang seimbang. Sayangilah badan kita yang dikurniakan Allah in dengan sebaik-baiknya. Kita sanggup membeli pakaian yang mahal-mahal untuk penampilan menarik, tetapi ramai diantara kita yang tidak memperdulikan apa yang masuk ke dalam badan kita. Takkan kita hendak memberikan makanan yang paling murah dan tidak berkhasiat untuk tubuh badan kita? Berilah sesuatu yang baik supaya kurniaan Allah ini dapat kita pelihara dengan sebaik-baiknya.
Kebaikan Pengambilan Nutrisi
Produk yang kami sediakan untuk minuman nutrisi ini sudah terbukti selama 30 tahun dan di Malaysia hanya 4 tahun.
Nutrisi ini tidak boleh menyebabkan dos yang berlebihan. Di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang kelebihan pengambilan nutrisi secara berterusan. Di antara kelebihannya ialah:
1. Badan akan sentiasa segar dan bertenaga.
2. Membentuk bentuk badan yang menarik.
3. Mengurangkan berat badan yang berlebihan.
4. Menambah berat badan bagi yang terlalu kurang berat badan.
5. Tidak rasa mengantuk di siang hari.
6. Tidur malam yang puas.
7. Lawas membuang air.
8. Pulih dari resdung.
9. Pulih dari tekanan darah tinggi.
10. Pulih dari diabetis.
11. Pulih dari lelah/athmatic.
12. Dan bermacam-macam lagi.
Dan bermacam-macam lagi kelebihan yang anda boleh rasakan sendiri. Dengan keizinan Allah S.W.T segala penyakit boleh hilang disebabkan badan kita telah menerima zat-zat nutrisi yang mencukupi. Kita tidak lagi perlu memakan ubat-ubatan yang mengandungi dadah yang boleh menyebabkan kesan jangka panjang.
Konsep Kelab Nutrisi
Mungkin ada yang tertanya-tanya, apakah aktiviti yang aku kena buat? Erm..tak boleh nak beri komitmen la nanti nak buat aktiviti kelab...dan lain-lain lagi...
Jangan risau, Kelab Nutrisi ini adalah kelab yang paling santai...anda tidak perlu risau apa-apa pun sebab hasilnya selepas anda mengambil nutrisi ini sangatlah memberangsangkan...anda akan rasa perubahan kepada diri anda...saya tidak perlu menceritakan dengan panjang lebar kesannya kepada anda semua, anda akan merasainya betapa nikmatnya kesihatan yang Allah kurniakan kepada kita...anda perlu datang dan minum 3 gelas nutrisi...dan itu je...untuk semua tu cuma RM 13.
Untuk yang pertama kali datang, pendaftaran dilakukan dan diberikan kad keahlian. Kad ini penting untuk anda pergi ke mana-mana kelab nutirisi yang anda suka...cuma tunjukkan kad anda dan anda boleh menikmati hidangan makanan seimbang anda...
Seperti yang telah disebutkan sebelum ini, di kelab ini anda akan dihidangkan dengan 3 gelas air nutrisi yang setiap satunya mempunyai fungsi yang tersendiri...Gelas pertama untuk membersihkan usus, gelas kedua untuk memberi tenaga dan mengandungi anti oksida yang tinggi dan gelas ketiga adalah makanan seimbang yang mana mengandungi semua zat-zat yang diperlukan oleh badan. Anda tidak perlulah meminumnya dengan cepat-cepat, perlahan-perlahan pun ok, sambil berborak-borak dengan rakan-rakan kelab yang lain sambil menceritakan pengalaman masing-masing selepas mengambil nutrisi ini.
Di kelab ini juga kita mengamalkan kasih sayang sesama ahli kelab sebagai sebuah keluarga yang besar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan